Thursday, August 11, 2011

Tugas Baru yg Diamanahkan...

Assalam.. Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.. arini dah hari ke 11 berpuasa. Wah, dah lama benar saya tidak menulis dalam blog saya ni, banyak yang telah berlaku sepanjang 6 bulan ni. Macam biasa, saya agak sibuk ngan kerja harian di klinik, kena buat Ext Hr Clinic, oncall SBCap pada weekend lagi. Bulan 4 yg lepas saya telah menduduki final exam USM, al hamdulillah semua paper lulus kecuali paper Math yg x brp cemerlang tp still lulus.. hahaha... So, skrg saya dh daftar untuk thn ke 2, hopefully this year saya boleh study ngan lebih baik dr thn 1.

Pagi semalam, saya telah menghadiri mesyuarat ISO 9001:2008 yang diadakan di PKDHTR, niat saya pergi cuma untuk menggantikan Penyelaras JTMP Daerah (dia dah bertukar tempat bertugas) dalam mesyuarat tersebut. Klu x pergi, nanti Bos PKD mesti minta wakil JTMP hadir ke mesyuarat jgk kan. Dengan otak kosong, saya g la mesyuarat, tetapi tanpa saya duga sebelum mesyuarat bermula, Dr PKD telah melantik saya menjadi Penyelaras JTMP menggantikan staf yang sebelum ini. OMG..OMG.. Apo nak buet tuh hah? Terkejut dan terdiam x tau nak kata apa dah..hadoi...

So abis mesyuarat, Bos nak jumpa la, nak bagitau serba sedikit tugas2 yg perlu saya lakukan.. banyak jgk yg Bos bagitau, ada yang faham, ada yang brp faham, biasalah menda baru kan. Terdetik jgk la di hati ini, boleh ke x boleh diri ini menjalankan amanah yang telah diberikan.. Mohon petunjuk dari Mu Ya Allah, bantulah hamba Mu ini dan permudahkanlah perjalanan hidupku ini. Pagi ini, Kak Siti telah 'pass over' semua kerja yang kena sy buat lah sbg penyelaras. Mak aii..banyaknya nak kena faham dan ingat dalam masa 1 jam tu, fail2 yg bertimbum2, borang2, surat2 lagi..fenin la fenin..huhuhuhu...

Apapun, saya tetap terima ini sebagai salah satu lagi cabaran yang perlu ditempuhi dalam hidup ini kan. Lagi pun, best jgk dpt belajar menda2 baru kan. So, setakat ini dululah citer saya untuk hari ini, nak sambung buat power point untuk Laporan Prestasi Beban Tugas Makmal (Jan-Jun), nanti nak tunjuk kat Bos next week. Chayok! Chayok!

No comments:

Post a Comment